Lepas Dikatakan Pegang Duit Juta-Juta, Nadlr Dedah Dimana Dia Tinggal Dan Apa Isterinya Cakap Selepas Pegang Duit Sebanyak Itu


Anda tanya mengenai ke mana hilangnya duit RM20 juta sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin dijawab oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadlr Al-Nuri pada Sabtu.

Menyedari namanya dipetik oleh pendakwah dan dermawan Ebit Lew, Muhammad Nadlr menegaskan, umumnya sumbangan sedemikian tidak diterima setiap tahun.

Sebaliknya, kata beliau, sumbangan yang banyak biasanya hanya akan diperoleh apabila tercetus perang di bumi Gaza.

Nadir Al-Nuri jawab tanda tanya Ebit Lew mengenai sumbangan RM20 juta ke Gaza

“Kita tidak dapat RM20 juta setiap tahun dan disebut apabila berlaku perang setiap tahun, kita dapat sumbangan RM20 juta.

“Perang di Gaza tidak berlaku setiap tahun. Bila kita tidak tahu tentang Gaza kita akan kata setiap tahun ada perang dan setiap kali perang akan dapat RM20 juta. Tidak.

“Perang di Gaza (berlaku) sejak 2006 hanya berlaku sebanyak empat kali sahaja (iaitu) tahun 2006 dikepung, 2008 peperangan pertama, kemudian 2012, 2014 dan 2021,” katanya dalam sidang Townhall Cinta Gaza Malaysia yang diadakan secara maya pada Sabtu.

Nadlr Tunjuk Dimana Rumah Beliau

Nadlr Al Nuri menunjukkan gambar diatas adalah Wisma Malaysia. Beliau memberitahu dia menyewa bersama keluarga di belakang bangunan Wisma Malaysia.

Beliau turut menceritakan secara berseloroh bahawa isteri beliau selalu beritahu sampai bila nak duduk rumah sewa tapi bawa duit juta juta.

Beliau beritahu isteri dia bahawa itu duit orang bukan duit dia tetapi jika ada rezeki saham dia beli meletop munkin boleh beli banglo secara berjenaka.

Video Penuh:

Rujukan : Astro Awani