Ibu kecewa tak halal air susu selepas anknya menuntut pembahagian harta pusaka.


“Saya tidak maafkan dia. Dia harus bayar air susu saya. Saya penat menjadi ibu, saya bosan,” kata Praya Tiningsih, 52, yang ditujukan khas kepada anaknya, Rully Wijayanto.

Tiningsih berkata demikian selepas Rully, 32, menuntut pembahagian harta pusaka membabitkan tanah seluas 4.2 ekar, rumah serta wang pencen.

Wanita yang berasal dari Semayan, Lombok Tengah itu menolak pembahagian berkenaan dan tidak juga menerima konsep perdamaian dicadangkan Rully, mengkhusus kepada empat perkara.

“Saya tolak perkara pertama. Dia tetap mahu tanah tetapi wasiat bapanya (tanah) tidak boleh dibahagikan,” katanya seperti dilapor Kompas.

Dalam permohonan itu Rully menuntut pembahagian tanah kepada setiap pewaris mengikut hukum faraid.

Kemudian, dia menuntut penjelasan berhubung wang pencen arwah dalam perkara keempat yang ditentang Tiningsih.

“Saya tolak perkara empat kerana pencen itu lebih kepada hak saya,” katanya yang sedih dengan tindakan anaknya.

Menurutnya, tuntutan Rully melanggar kehendak dan pesanan aruwah suami yang meminta harta pusaka tidak dibahagikan.

“Ketika hidup dan masih menderita angin ahmar pada 2016, pesan aruwah rumah diduduki sekeluarga tidak boleh dibahagikan, dijual dan perlu menjadi rumah bersama,” katanya.

Sementara itu, Rully berkata, pembahagian harta dilakukan untuk mengetahui hak mereka dan supaya tiada pihak luar mengambil kesempatan.

Dia juga menegaskan tidak merosak ataupun menjual rumah pusaka berkenaan, sebaliknya sekadar meminta pengesahan terhadap bahagian masing-masing.

“Nanti jika diputuskan (pihak berkuasa), kita tahu hak kita, adik, mama saya dan supaya tiada yang cuba menuntut harta warisan almarhum bapa,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Rully yang sudah berkeluarga, mula menuntut pembahagian tanah dan wang selepas kecewa kerana ibunya tidak membenarkan dia menambah ruang tamu serta dapur. – Agensi via hmetro

Reaksi warganet.

Hamzah Amir Hassan – Besar manapun kesalahan anak, janganlah sampai tak menghalalkan air susu. Ibu yang baik akan memilih anak berbanding harta. Anak yang baik akan memilih ibu berbanding harta. Bincang elok-elok, pasti ada jalan penyelesaian. Dunia hanya sementara.

Nurah Nur – Wasiat mesti Ada hitam putih, harta pusaka peninggallan aruwah patut dibahagikn mengikut hukum syarak ,kerana harta silaturrahim pun terputus..kerana harta dibuang keluarga,dipulaukan bnyk yang terjadi…hukum faraid adalah hukum Allah.

Cik Moy – kerana harta, silaturrahim pun terputus.. kerana harta, dibuang keluarga, dipulaukan..family aku pun begitu.. yg berharta pulak mendongak tinggi ke langit, merendahkan yg biasa2 tak sama level.. kerana harta jugak ada yang terus jadi baik.. walhal sebelumnya jenguk kami pun tak pernah.

Zely Coway – walaupun xde harta,saya tak tuntut harta arwah ayah,cukuplah mencari rezeki sendiri,in-sya-Allah ade rezeki.

Ahmad Albab – Fuhhh mak tak halalkan susu. Susah hidup anak. Sebab harta bergduh anak beranak. Memang real life pon. Tgh jadi dekat family bapak aku. Family mak aku pulak daif dan miskin. semua jenis usaha sendiri anak2 nya. Alhamdullilah masing2 berjaya. Tenang je kalau ada meeting family.

Rahmah Mohd Abu – Emak pun tak fikir panjang, air susu ibu dah jd drah daging,jgn lh buat keputusan sendiri kan ada ank dnkeluarga sama2lh fikir jln yg trbaik utk yg dh meningal jg yg hdp, sy rasa ank tu tidak keterlaluan dlm menuntut masih lg mau ikut farait, alah nk besarkn dpur jg ruang tamu biar lh utk keselesan bersama bukan mintak duit ibu, yg pencen tu brtegas itu ibu punya jgn kacau.

Noor Haziah Bt Adam – X payah la dok harap harta peninggalan mak bapa, kalo dpt itu da nama nya rezeki. Carila harta sendiri lg better, toksah dikejar sgt harta mak bapa, bole jd gado anak beranak, sedara mara, sepupu sepapat. Last2 raya x dpt berkumpul mcm biasa. Buat jd sedih je.

Izzul Aiman – Anak nak tuntut ikut faraid, dah betul lah tu. Kenapa pulak ibu tak halalkan susu kpd anaknya ? Hanya kerana harta, sanggup seorang ibu enggan halal susi kpd anak.Sedangkan susu itu juga hak dari Allah, kenapa seorang ibu perlu sombong ?Aduhai, jgnlah ada sikap sombong memegang title ibu.

Datto Khairy Potter – Seharusnya..mohon jabatan agma yg menguruskan hukom faraid memberi nasihat dan kaunseling kpd mana2 pewaris yg tidak faham tentang hukom. Bila si ibu xbfikir panjang..sampai mgharamkan air susu bmakna ada hal2 yg masih lemah dlm fikiran seorang ibu, kerana perkara2 duniawi spt ini. Nasihat kan la mereka..agar mereka bdamai,anak diampunkan segala d0sa. Harap tidak berlaku pkara spt ini di negara kita.

Mohamad Zaid – Wasiat mesti Ada hitam putih,harta pusaka peninggallan aruwah patut dibahagi mengikut hukum syarak.

Azwani Ariff – Sy xnk cerita pasal harta dorang..tp sy nk cerita pasal halal hram air susu ibu ni..sy ada dgr satu ceramah agama yg si ibu xder hak untuk haramkan air susu yg diminum anak semasa b4yi..sebab tu rezeki Allah yg bagi untuk anak..ibu hanya pengantaraan saja…wallahualam…itu yg kalau saya xsalah dengar.