Ayah Terpaksa Mencuri Karena Anak Menagis Kelaparan Tapi Nasib Tak Baik, Ditangkap. Apa Pengurus Kedai Ini Buat Memang Mengubah Hidup Ayah Ini
Penganggur yang diberkas mencur1 makanan di pasar raya Tesco di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada Mac lalu, mendedahkan dia berbuat demikian kerana tidak sanggup melihat anaknya menangls kelaparan.
Mohd Pirdaus Azizan, 31, dilaporkan mStar Online hari ini sebagai berkata, h4tinya menjadi hiba selepas anak lelakinya berumur empat tahun itu menangls kelaparan.
Katanya, pada hari kejadian pada 9 Mac lalu, dia bersama tiga anaknya itu sedang berada di rumah dan seorang daripada anaknya mula menangls akibat lapar.
“Kami berjalan-jalan dan lalu di pasaraya Tesco Alma. Oleh kerana saya tak cukup dvit dan tidak mahu mengemls atau membebankan orang lain, saya hanya berjalan masuk ke dalam dan memasukkan beberapa makanan ke dalam beg saya.
“Apabila saya ditangkap oleh pengawal dan disoal siasat oleh pengurus kedai, saya mengaku kesalahan saya dan menunjukkan laporan perubatan isteri saya yang saya bawa bersama di dalam beg setiap hari.
“Pengurus itu telah menghubungi p0lis tetapi selepas memeriksa latar belakang saya, dia membatalkan laporan p0lis itu, sebaliknya menawarkan saya pekerjaan di pasaraya besar itu.
“Dia juga memberikan saya wang tunai,” kata Mohd Pirdaus menerusi temu bual pertama dengan media selepas kejadian itu mendapat perhatian seluruh negara.
Dia mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya yang berusia tujuh tahun masih belum ke sekolah dan dua anak lelaki berusia empat dan dua tahun.
“Sebelum ini kehidupan kami berjalan dengan baik kerana saya bekerja di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Selepas kerajaan mengumumkan penangguhan program tersebut, saya hilang pekerjaan.
“Saya mendapat kerja sebagai tukang kimpal di sebuah kilang keluli dan dibayar RM30 sehari, tetapi pendapatan saya tidak stabil.
“Oleh kerana tidak mampu memb4yar sewa rumah yang tinggi, saya meninggalkan kerja saya di sana dan berpindah ke rumah flat kos rendah abang ipar saya di Taman Impian Indah,” katanya.
Mohd Pirdaus berkata, keutamaannya sekarang adalah untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah dan akan mula bekerja di pasaraya besar itu apabila sudah bersedia.
Kisah lelaki terbabit mendapat perhatian termasuk lebih daripada 10 agensi berita antarabangsa selepas ditangkap akibat mencur1 barangan makanan berjumlah RM27.
Berikutan itu, pengurusan Tesco memilih untuk tidak mendkwa, sebaliknya menawarkan pekerjaan dan langkah itu dipuji banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sumber : Kuala Lumpur Viral
